Peringatan Buat Golongan Yang Lalai
assalamualaikum
salam maal hijrah
buat semua muslimin muslimat
semoga tahun baru hijrah ini sama-sama kita memperbaiki segala bentuk amalan kita agar berlandaskan al-quran dan as-sunnah
mari sama-sama kita berazam untuk mentaati segala perintah ALLAH dan meninggalkan segala tegahan daripada ALLAH
mudah-mudahan dengan semangat keazaman untuk kita sama-sama melaksanakan perintahnya tanpa berdalih, insya allah dipermudahkan segala urusan kita aamiin
mesti diingati setiap gerak geri kita dan segala tindak tanduk kita sentiasa dipantau dan dicatat oleh tentera-tentera ALLAH yakni para malaikat
kadang-kadang kita selalu terlupa barangkali yang sebenarnya ALLAH sudah pun melantikkan pengawal peribadi kita dan pengaudit amalan-amalan kita setiap hari, masa , saat dan ketika, yakni Raqib dan 'Atid
justeru itu , wahai saudara seIslam denganku, marilah sama-sama kita bertekad untuk melaksanakan segala perintah ALLAH dengan penuh rasa kehambaan dan kesetiaan pada Rabb yang Maha Esa
Natijahnya, ayuh kita bangkit dari lena yang panjang dek dibuai mimpi dunia untuk terus maju kehadapan menongkah arus perdana , dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan liku-liku dan cabaran ..
Baik untuk kehidupan kita ataupun kehidupan orang lain, mari sama-sama untuk menabur bakti.. tak kira masa, tempat , peluang dan siapa..
berbaktilah selagi nyawa dikandung badan..
taatilah selagi mana iman masih di dada
berzikirlah selagi mana dikurniakan sepotong lidah yang lembut tiada bertulang sebelum ia diambil oleh pemiliknya yakni ALLAH tuhan sekalian alam..
setakat itu sahaja
perbanyakkan zikir mengingati ALLAH dan berselawat buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W
wassalam
wallahu a'lam

Ulasan
Catat Ulasan