Comey weh gewe Pasir Mas... Buat yang "Mencari" Carta Hati
Comey weh gewe Pasir
Mas...
Wartawan Sinar Harian
9 November 2015
[KEMASKINI]
CEK
Mek Molek. Itu frasa masyhur menggambarkan betapa cantiknya wanita Kelantan.
Dan di Kelantan, yang paling cantik daripada sekalian yang cantik itu adalah
wanita Pasir Mas.
Jangan
terus bertanya benar atau tidak gambaran yang diberi tetapi bacalah dahulu ...
Di
Pasir Mas, antara kawasan yang terkenal dengan kecantikan wanitanya ialah
Kampung Seberang Pasir Mas, Lemal, Tok Uban, Pengkalan Batu, Bunut Susu, Slow
Machang dan Kubang Bemban.
Jangan
salah faham!
Janganlah
dikatakan rencana ini menafikan kecantikan wanita dari kawasan lain, jajahan
lain ataupun negeri lain. Namun oleh sebab mahsyurnya Kelantan, juga jajahan
Pasir Mas dengan kecantikan wanitanya, dirasakan ada sesuatu yang perlu
dihuraikan di sebalik tanggapan itu.
Tokoh
budayawan yang juga ahli akademik asal Kelantan, Dr Lim Swee Tin berkata, apa
yang diperkatakan mengenai kecantikan wanita Pasir Mas memang ada asasnya.
“Pasir
Mas pada zaman silam adalah pusat ekonomi terkemuka. Banyak pedagang dari
Pakistan, India, Tanah Arab, China dan Thailand berhijrah ke sini.
“Justeru
banyak berlaku perkahwinan campur yang melahirkan keturunan berdarah kacukan
yang mempunyai rupa paras bukan sahaja cantik, malahan juga unik untuk terus
berkembang biak di sini,” katanya.
Kenyataan
itu diperakui oleh bekas Adun Lemal, Noor Mohamed Din, 75, yang anggota
keluarganya dikenali memiliki wajah dan rupa paras yang menarik dalam kalangan
penduduk Pasir Mas.
Menurut
Noor, beliau sendiri generasi ketiga pedagang Arab, Syed Mahmood yang berhijrah
ke Pasir Mas pada 1917.
“Moyang
saya (Syed Mahmood) dua kali berkahwin di sini. Kali pertama dengan wanita
tempatan dan kedua dengan anak pedagang Pakistan yang bernama Haji Murab.
Kedua-dua perkahwinan ini melahirkan keturunan berdarah kacukan. Saya sendiri
berdarah Arab, Melayu dan Pakistan,” katanya.
Di
Kelantan, mereka yang memiliki darah campur seperti ini dikenali sebagai
keturunan Tok Syeikh.
Ketika
itu, kata Noor, golongan Tok Syeikh atau pedagang dari luar ini banyak
berkahwin dengan wanita dari kawasan Seberang Salor yang sebahagian daripada
Pasir Mas.
Selain
itu, rupa paras mereka juga dikatakan turut dipengaruhi cara pemakanan.
Budu
Dalam
keluarga Noor sendiri, budu dan belacan yang sinonim dengan rakyat Kelantan
dilarang keras.
“Moyang
saya tak benarkan budu atau belacan dibawa balik. Kalau ada yang ingkar, dia
suruh bawa keluar masa itu juga. Sebabnya, makanan yang diperam seperti itu
katanya tidak baik untuk kesihatan dan tidak digalakkan dalam agama.
“Moyang
saya memberi penekanan terhadap soal kesihatan dan juga sahsiah peribadi
menerusi pemakanan,” katanya.
Inilah
juga mungkin antara faktor yang mempengaruhi kecantikan rupa paras keturunan
mereka.
Salah
seorang anak Noor, Noor Suriyati pernah memenangi anugerah Dewi
Remaja manakala cucunya, Neelofa kini artis yang cukup terkenal dengan
kecantikan rupa parasnya.
Puteri
Saadong
Selain
faktor-faktor yang disebutkan, ada juga yang mengaitkan cantiknya wanita Pasir
Mas konon kerana mereka daripada keturunan Puteri Saadong, pemerintah
wanita Kelantan yang kedua (selepas Cik Siti Wan Kembang) yang memerintah
pada 1667-1671).
Kecantikan
Puteri Saadong memang menjadi cerita legenda kerana rupa parasnya, baginda
pernah ditangkap dan dilarikan ke Siam untuk dipaksa berkahwin dengan raja
negara Gajah Putih itu.
Raja
Balqis Raja Mukhtar, 30, seorang waris keturunan Raja Jembal yang ada hubung
kait dengan Puteri Saadong berkata, datuknya ada memberitahu bahawa wanita
dalam keluarga mereka sesetengahnya mewarisi rupa paras legenda itu.
Beberapa
dekad lalu, sering berlaku pergaduhan membabitkan lelaki tempatan dengan orang
luar, juga sesama warga Pasir Mas yang berpunca kerana berebut wanita.
SKMK
Bagi
orang luar pula, apabila seseorang lelaki termasuk yang sudah berkahwin datang
ke Kelantan, terutama Pasir Mas, ada satu frasa masyhur yang selalu dikaitkan
dengan mereka iaitu SKMK – Sampai Kelantan Mesti Kahwin – yang diubah daripada
akronim nama Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan.
Ini
sebagai gambaran betapa cantiknya wanita Kelantan terutama di Pasir Mas hingga
sering mempesonakan lelaki luar untuk mengahwini mereka.
Tidak
cukup dengan itu, ada juga cerita kononnya seorang lelaki yang pernah patah
hati kerana cintanya ditolak gadis idaman pernah menyumpah wanita dari Kampung
Pengkalan Batu, Pasir Mas tidak akan bertemu jodoh sepanjang hayat mereka.
Wallahua’lam.
Tidak dapat dipastikan sama sumpahan itu menjadi ataupun tidak! Apa pun, ini
tetap jadi gambaran betapa tingginya saham wanita Pasir Mas.
Ilmu
hitam
Kerana
rupa, ada yang hidup teraniaya. Ini berlaku pada sesetengah wanita yang jadi
mangsa ilmu hitam kerana menolak lelaki yang terlalu menggilai mereka hingga
terlupa hukum hakam dan takdir dirinya.
Bagi
Wan Noor Solehah Wan Kamal Ruzaman, 28, itu rencah kehidupan yang terpaksa
dihadapi oleh wanita setiap kali melangkah keluar dari rumah.
Wan
Noor sendiri sudah punya dua anak namun ada anak muda yang lebih muda masih
berani bermain kenyit-kenyit mata terhadapnya.
“Saya
anggap mereka bergurau saja. Ini bukan soal bangga diri tetapi kita wanita,
tanggung jawab untuk jaga maruah diri, maruah suami perlu sentiasa diingat,”
katanya.
Orang
tidak tahu, julukan cantik yang diberi kepada wanita Pasir Mas ada kalanya jadi
beban dan mengganggu mereka sendiri.
Antaranya,
Nursyahida Alam, 29. Kata Syahida, dia kadang kala segan hendak mengaku berasal
dari Pasir Mas dan respons yang paling tidak diingininya ialah “patutlah
cantik”.
“Bagi
saya cantik itu subjektif dan ia bergantung kepada orang yang mentafsirkannya,”
katanya.
Berkahwin
dalam usia yang muda, seawal 18,19 atau 20 tahun tidak asing bagi wanita Pasir
Mas. Ini juga ada hubung kait dengan rupa paras mereka yang lawa.
Bagi
mengelak timbul masalah, jadi rebutan hingga mungkin menyebabkan konflik,
sesetengah ibu bapa membuat keputusan untuk mengahwinkan anak-anak gadis
mereka dalam usia yang muda.
Perkahwinan
juga adalah ruang buat pasangan itu membuka lembaran baharu dalam kehidupan mereka
secara berdikari dan lebih bertanggungjawab.
Apabila
usia anak-anak meningkat remaja, rupa paras ibu yang masih bertahan menyebabkan
mereka kelihatan sebaya.
Apa
pun, soal kecantikan bagi kebanyakan orang bukan pada rupa paras semata-mata.
Kecantikan dalaman lebih penting!
Komen
lelaki luar
"Sejak
menuntut di UiTM saya sudah dengar cerita kecantikan wanita Pasir Mas. Ayah
saya sendiri yang asal dari Tok Uban pun ada cakap perkara sama. Sekarang saya
dapati apa yang dikatakan itu memang benar." - Firdaus Hassan, 29, Pahang
"Bukan
saja rupa, intonasi suara mereka juga seakan sama." - Wahidin Salim, 31,
Negeri Sembilan
Perkara
itu diakui sendiri oleh salah seorang anak rantau dari Pahang, Firdaus
Hassan,29, yang mulai bertugas di negeri Che Siti Wan Kembang sejak April lalu.
Firdaus
berkata, sebelum merantau ke negeri ini rakan-rakannya sempat berpesan supaya
singgah ke Pasir Mas kerana wanita di situ lawa-lawa kata mereka.
“Jika
kamu ke Kelantan, tempat pertama kena singgah ialah Pasir Mas kerana orang
perempuannya lawa-lawa,” katanya.
Menurutnya,
bagi melihat dakwaan itu dia meluangkan masa ke jajahan tersebut bagi
mendapatkan gambaran sebenar berhubung perkara berkenaan.
Dakwaan
itu benar
Firdaus
berkata, cerita yang di dengarinya berhubung kecantikan wanita Pasir Mas itu
memang betul dan berasas sama sekali selepas beberapa kali berkunjung ke
jajahan itu.
Katanya,
kebanyakkan mereka mempunyai hubungan keluarga dengan masyarakat Melayu di
Selatan Thailand yang turut terkenal memiliki rupa paras yang cantik.
“Maka
tidak hairanlah jika tempias itu turut kena kepada wanita di Pasir Mas kerana
ia bersempadan dengan Selatan Thailand malah menjadi pintu masuk utama untuk ke
negara ini melalui Rantau Panjang,” katanya.
Cerita
sejak zaman universiti
Anak
kelahiran Jerantut Pahang itu berkata, perihal kecantikan itu diketahuinya
sejak mula-mula melangkah masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Katanya,
kebanyakkan rakan-rakan yang berasal dari Kelantan akan bercerita tentang
kecantikan paras rupa wanita Pasir Mas.
“Bukan
itu sahaja, ayah saya yang berasal dari Tok Uban, di sini turut bercerita
perihal yang sama. Hujah itu semakin kuat, ketika zaman belajar itu saya lihat
memang betul pelajar wanita dari Pasir Mas memiliki raut wajah yang cantik.
“Bukan
itu sahaja, kebanyakkan mereka berkulit putih dan cerah, bahkan mereka lebih
lawa berbanding dengan wanita-wanita yang tinggal di jajahan-jajahan lain.
“Bagaimanapun
itu hanyalah pandangan saya berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat,”
katanya.
Bukan
sahaja lawa, tapi lemah lembut
Seorang
lagi anak perantau Wahidin Salim, 31, berasal dari Negeri Sembilan turut setuju
dengan dakwaan mengatakan wanita di sini lawa dan berpewatakan menarik.
Katanya,
bukan itu sahaja wanita Pasir Mas turut mempunyai sifat lemah lembut yang
dikatakan cukup sinonim dengan masyarakat Kelantan.
“Sifat
itu boleh dilihat setiap kali mereka bertutur dengan susunan ayat serta
intonasi suara yang hampir sama,” katanya.
Diterbitkan kembali : abaalqasim1648@gmail.com
Visit Us : RAUDHAH AL-ILMI
Ulasan
Catat Ulasan