Disebalik Nama
Asal Usul nama Pasir Mas :
Akibat tidak mahu menderhaka kepada Sultan, Che Leh bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Utara Kota Bharu (seberang Kota Bharu).
Che Leh tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.
Tidak berapa lama selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.
“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.
“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,”
Orang ramai berterik : "Mas" , "Mas"
Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.
Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan ( PPSK )
Sumber : http://www.ammboi.com/2011/11/20/sejarah-dan-asal-usul-pasir-mas-dikatakan-kilang-jelitawan/
Diterbitkan kembali : abaalqasim1648@gmail.com
Visit Us : RAUDHAH AL-ILMI
Ulasan
Catat Ulasan