PELUANG KEEMASAN

Lawa sekolah sains YIK yg baru ni yang akan dibuka untuk pengambilan pelajar lelaki pada tahun ini. Fully furnished. Makmal bahasa pun ada. Bertempat di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Untung set enta...set ana dulu, menumpang di asrama PBA, sblm berpindah ke bangunan sendiri di Pulai Chondong....takde kelengkapan lagi ketika itu sbb kerajaan baru perintah negeri. Penambahbaikan dan pembangunan ditambah sedikit demi sedikit sehinggalah comel lotey atas bukit di Pangkal Gong tu.
Belajarlah elok2...jadi engineer@doktor yang berjaya yg bawa wadah perjuangan Islam.
-----------
KEISTIMEWAAN BELAJAR DI MAAHAD SAINS TOK GURU PENGKALAN CHEPA YAYASAN ISLAM KELANTAN :
- Penggunaan bahasa arab dan bahasa inggeris sepenuhnya.
- Guru-guru terbaik dari bidang masing-masing.
- Mempunyai bangunan kompleks sendiri yang telah siap dibina di Pengkalan Chepa, dilengkapi dengan asrama, makmal bahasa dan komputer di bangunan sekolah serta padang bolasepak.
- Mampu menghafal 5 juzuk al Quran dalam tempoh lima tahun dan surah-surah pilihan.
- Kelas talaqqi kitab turath.
- Program “public speaking” / kemahiran berpidato.
- Pengajaran dan pembelajaran berasaskan kemahiran berbahasa.
- Bilangan pelajar tidak melebihi 30 orang sekelas.
- Islamisasi ilmu.
- Program-program pembinaan sahsiah pelajar.
SYARAT WAJIB KEMASUKAN MAAHAD SAINS TOK GURU PENGKALAN CHEPA YAYASAN ISLAM KELANTAN :
- 6A UPSR dan lulus ujian kemasukan.
- Terbuka kepada pelajar lelaki sahaja (dalam dan luar negeri).
- Berkonsepkan sekolah berasrama. (yuran asrama RM350.00) .
- Kurikulum kebangsaan dan Maahad Bu’uth al-Azhar, Mesir .
- Tenaga pengajar terlatih dan berpengalaman.
http://yik.edu.my/…/syarat-permohonan-pengambilan-pelajar-t…

Ulasan

Catatan Popular