SALAM MAAL HIJRAH 1438 HIJRIAH


Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah...

Marilah sama-sama kita panjatkan syukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi kita semua hidup hampir setahun dalam tahun ke 1437 Hijriah,

Mari sama-sama kita muhasabah balik, segala amalan yang telah kita lakukan selama setahun ini. Yang mana tahun 1437 hijriah ini akan melabuhkan tirainya tinggal beberapa detik sahaja lagi....

Marilah sama-sama kita berazam untuk berubah dari buruk akhlak kita ke arah akhlak-akhlak yang mahmudah...

Semoga Allah terima segala amal kebajikan kita selama setahun ini, dan tahun baru yang akan kita melangkah tak lama lagi..dan tahun-tahun akan datang...


Semoga Allah mempermudahkan kita untuk melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.....

Semoga Allah murahkan rezeki kita, mudahan kita tergolong dalam golongan yang suka menderma dan berzakat...

Semoga Allah berkati dan panjangkan umur kita, mudahan dengan umur yang dikaruniakan-Nya kepada kita ini.. kita gunakannya ke arah kebenaran bukan kebatilan........

Aamiiiin.....

Ulasan

Catatan Popular