Da'wah bukannya tugas ustaz , ustazah shj!!!

Sesungguhnya da'wah ni sendiri membawa maksud mengajak.... itu dari sudut bahasa...
dari segi istilah arab.. membawa maksud mengajak seseorang ke arah kebajikan dan pahala...


TUGAS SIAPAKAH DA'WAH INI??

Sesiapa pun yang telah dimasukkan cahaya hidayah ke dalam sanubarinya... ingatlah anda telah menggalas satu tugasan yang berat dari sudut kaca mata yang mengejar dan mencari kebahagiaan dunia semata-mata tetapi amat mudah dari kaca mata ahli yang mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat... iaitu istilah yang biasa di dengari dan diungkapi ... DA'WAH

Berhujahkan intipati hadis yang disabdakan oleh penutup segala nabi dan penghulu bagi segala nabi..:

Tidak akan mengecapi kesempurnaan IMAN seseorang yang mengakui dirinya menganut agama ISLAM sehinggalah ia menjalankan tugasan setiap muslim untuk mengajak ke arah kebajikan dan pahala serta mencegah kemungkaran dan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan seseorang muslim itu ke arah melakukan dosa.... (dalam bahasa matan / terjemahan matan : menyayangi seseorang muslim itu sebagaimana ia menyayangi dirinya sendiri)...


MENYAYANGI SEPERTI MENYAYANGI DIRI SENDIRI??

Apakah maksud  (dalam bahasa matan / terjemahan matan : menyayangi seseorang muslim itu sebagaimana ia menyayangi dirinya).. yang JUNJUNGAN BESAR KITA ingin kita fahami dan beramal..

Tidak lain tidak bukan.. untuk mengecapi tahap kesempurnaan IMAN, adalah dengan berda'wah..!!
Inilah mesej da'wah yang terbesar diigini NABI supaya umatnya nanti meneruskan perjuangannya (NABI) dalam menegakkan dan memasakkan kebenaran ( mengajak ke arah kebajikan ), mencegah serta mematahkan kepalsuan ( mencegah kemungkaran ) dalam sanubari setiap insan yang bergelar MUSLIM!!

Itulah HAKIKAT yang kita tidak sedari dek diselaputi dengan kemewahan dunia dan keseronokan yang telah dijanjikan oleh syaitan durjana ( bertujuan untuk kita menjadi temannya yang akan dibakar oleh ALLAH dalam NERAKA JAHANNAM nanti!!! ) NA'UZU BILLAH!!!


BAGAIMANA???

Beginilah wahai sahabat - sahabat seagama (ISLAM) dengan ku, sesungguhnya kita bertuhankan dengan TUHAN yang ESA, beraqidahkan dengan AQIDAH para nabi (ISLAM), bertunjangkan dengan tunjangan yang sama (QURAN DAN SUNNAH), bernabikan yang sama (NABI MUHAMMAD S.A.W)...


PERSOALANNYA???

Apakah yang akan dibawa untuk menghadap ILAHI nanti, adakah dengan segala penipuan yang telah dikaburi oleh laknatullah ajma'in yakni syaitan dan iblis?!


Atau


Segala kebenaran dijanjikan serta disuluh oleh para penunjuk ke arah kebenaran  yang telah pun diutuskan (para NABI dan Rasul) oleh SANG PEMBERI HIDAYAH (PETUNJUK KE ARAH KEBENARAN HAKIKI)?!

RENUNG - RENUNGKANNLAH WAHAI PARA SAHABAT SEAGAMA DENGANKU .....


RENUNGAN.........

Ambillah walaupun sedikit sunnah perjuangan NABI dalam menegakkan SYIAR ISLAM , contohnya :

Memberikan contoh tauladan dari segala sudut gerak geri kita, misalan dari sudut pertuturan, pergerakkan, pemikiran, pemakaian dan sebagainya ( DA'WAH FIL HAL )


DA'WAH FIL HAL???

Memberikan contoh yang terbaik ( mengajak ) dari segala aspek melalui bahasa tubuh kita.. Inilah sunnah dalam berda'wah NABI yang paling besar dan banyak buktinya yang telah direkodkan dalam banyak perawi - perawinya

Natijah membuktikan, ramai yang MENGANUT AGAMA YANG SUCI ini disebabkan tertariknya hati melihat akhlak nabi dalam bergaul dengan bukan muslim.. BUKAN muslim pun NABI bergaul dengan sehikmah mungkin apatah lagi dengan sahabat - sahabat yang MUSLIM??!!


Inilah yang menjadi tanda tanya buat kita yang mengaku ALLAH itu RABB kita, MUHAMMAD S.A.W itu NABI kita, ISLAM itu DIIN kita.....

Bagaimanakah akhlak ataupun adab kita sesama muslim adalah mengikut landasan syariat ISLAM ataupun terpesong jauh??!! MINTA DIJAUHKAN ALLAH

Dan bagaimanakah adab pergaulan kita dengan NON MUSLIM dari sudut pemahaman, pemikiran kita terhadap mereka... inilah yang kita selalu pandang remeh .. sedangkan AKHLAK yang bertungjangkan SIFAT MAHMUDAH LAH yang mencerminkan bentuk da'wah seseorang itu.. inilah yang dikatakan orang tua dulu - dulu ;


"HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH"


AMBIL TAPAK TANGAN YANG MULIA INI LETAKKAN DI DADA, TANYALAH DIRI DI MANAKAH TAHAP IMAN KITA, DIMANAKAH BUKTI CINTANYA KITA TERHADAP JUNJUNGAN MULIA RASULULLAH KHAOTIMUN NUBUWWAH

KALAU BETUL KITA CINTAKAN RASULULLAH ... KETEPIKAN TIPU DAYA SYAITAN! UTAMAKAN SABDAAN NABI DAN FIRMAN TUHAN KERANA IA MENJAMIN KESENANGAN! KESENANGAN YANG ABADI!!!!

BERDA'WAHLAH WALAUPUN SEPOTONG KALIMAH "BERTAQWALAH"...

KERANA TAQWA ADALAH SEBAIK - BAIK PAKAIAN, SUNGGUH PAKAIAN LAIN TIDAK MENCERMINKAN TAHAP KESOLEHAN INDIVIDU BAHKAN PAKAIAN TAQWALAH YANG MENCERMINKAN TAHAP KESOLEHAN INDIVIDU ITU


AKHIR KALAM....


Berda'wah lah ke arah kebajikan walaupun dengan satu kalimah "JOM GI MASJID, SOLAT"

KERANA AJAKAN KE MASJID ADALAH SEBAIK - BAIK AJAKAN..


Berhujahkan, MASJID ADALAH GERBANG SEGALA ILMU...

TAK PERCAYA, CUBA BUAT!!
BELUM CUBA, BELUM TAHU!!
SUDAH BUAT, BARU MAHU!!!

WASSALAM>>>>abaalqasim1648@gmail.com

Ulasan

Catatan Popular