Kelantan Perkenal Dinar Emas Edisi Baharu
PEGAWAI E-pemasaran Kelantan Gold Trade, Nurfarhana Mohamad Nasir, menunjukkan Dinar emas ( kanan ) dan Wafer emas. - Foto Fathil Asri KOTA BHARU : Kelantan sekali lagi memperkenalkan edisi baharu mata wang emas berlandaskan syariah iaitu dinar dan wafer emas serta dinar emas dan dirham perak. Mata wang yang menggunakan emas dan perak itu mempunyai nilai muka sah untuk dijual atau sebagai gadaian di kedai pajak gadai Islam seperti Ar Rahn atau Ar Rahnu. Diuruskan Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT) , anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), KGT menawarkan wafer, dinar dan dirham terbabit mulai semalam, yang boleh dibeli oleh orang ramai sebagai satu pelaburan atau simpanan. Bagi wafer emas yang bersaiz muka 15 x 8 milimeter (mm) bersamaan berat 1.0 gram dengan ketulenan emas 999 dan dinar emas dengan nilai muka Satu Dinar seberat 4.250 gram berukuran diameter 22 mm dengan ketulenan emas 917. Manakala dirh...