TINTA SANG DAI'E


RAHSIA KETENANGAN


Hasan Basri ditanya : Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab : aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu Allah Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika Allah melihatku dalam maksiat.

Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuan dengan Allah


Disini ku selitkan kata-kata agung daripada SAHABAT NABI S.A.W :


Oleh itu Sahabatku :

Jangan Tertipu dengan usia MUDA
kerana syarat MATI TIDAK harus TUA

Jangan terpedaya dengan HARTA Kekayaan
Sebabnya Si Kayapun tidak pernah
menyiapkan KAIN KAFAN
buat dirinya meski cuma SELEMBAR

Mari terus berbuat BAIK,
Berniat untuk BAIK,
Berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK,
Meskipun TIDAK banyak ORANG
yang mengenalimu dan
TIDAK SUKA dengan NASIHATMU

CUKUPLAH ALLAH yang mengenalimu lebih daripada orang lain mengenalimu

Jadilah bagai JANTUNG yang tidak terlihat 
tetapi terus BERDENYUT setiap saat hingga kita
terus dapat HIDUP, berkarya dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita sampai DIBERHENTIKAN oleh NYA

Justeru 

Wahai Sahabatku...

" Waktu yang ku kesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam,
Amalku tidak bertambah sedikitpun,
padahal aku tahu SAAT ini UMURKU berkurang"

(( Ibnu Mas'ud r.a ))


*****

Nasihat ini ku tujukan untuk diriku sendiri , dan untuk di kongsikan (share) dengan sahabat , anak-anak & keuarga ku.. Semoga kita semua sentiasa dalam dakapan Rahmat ALLAH & dalam keredhaan dan keberkatanNYA

Amiin...

SILA SHARE & SEBARKAN

( dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain )
*edited


Sebarang teguran/nasihat email :
abaalqasim1648@gmail.com  

Dan lawati blog kami :
https://raudhahalilmi.blogspot.my/ 

Dan like pages facebook kami :
www.facebook.com/maktabahalmahadi/ 



Ulasan

  1. Ikhlaskan diri kita utk sama2 menyebarkan keindahan agama yg murni dan suci ini, agama Islam...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular